Rabu, 24 Oktober 2012

Ragam 2 manusia

Assalamualaikum. :)


 
   

   Entri baru ni, aku nak ceritakan 2 situasi yang berlaku kat diri aku hari ni. Aku agak bengang gak ah dengan 2 manusia ni tapi aku still senyum sebab aku dah paham sangat dengan perangai 2 manusia ni. Biasa lah. Setiap manusia ada ragam dia sendiri. Termasuk lah aku sendiri. Aku tak nafikan yang maybe ragam aku ada annoyed manusia-manusia lain tapi aku seboleh-bolehnya nak elakkan dari buat orang lain annoyed dengan aku. Sebab dengan secara automatiknya, bila someone dah rasa annoyed dengan kita, dia akan rasa macam tak suka or benci dekat kita. Aku tak tahu lah kalau dengan orang lain. Aku macam tuh. :P

SITUASI 1

   Aku kena amik 6 subjek untuk sem ni. Tapi disebabkan ada satu subjek tuh full capacity, aku terpaksa lah subjek tersebut secara manually. Kalau nak add subjek manually, kena amik tandatangan beberapa pihak, baru diluluskan untuk mengambil subjek tersebut. Mula-mula, kita kena ambil tandatangan lecturer. Then, ambil tandatangan pihak fakulti. Last sekali, ERU. Baru lah subjek tuh kita boleh ambil. Nampak tak betapa banyaknya kerja kena buat? Nak dijadikan cerita, aku ambil lah tandatangan lecturer. Pergi pihak fakulti, ada 2 orang. Aku namakan A dan B. Aku pergi kat B untuk dapatkan tandatangan. Ini dorang punya dialog.

B : Betul ke lecturer ni yang ajar Fundamental of Marketing?
A : Eh, bukan lah. Dia ajar subjek lain. Budak ni main ambil je bagi pihak sokongan.
Aku : *WTF A ni*
B : Betul lah. Dia memang ajar pon subjek ni.
A: Ye ke?

   Sumpah time tuh aku bengang gila dengan A ni. Aku tak tahu apa dia punya masalah nak tuduh tuduh aku. Kalau boleh time tuh aku nak je bagi dia makan kaki. Kaki aku dah lama tak makan pipi ni. Aku rasa mungkin dia tak puas hati sebab aku keluar dari kelab yang dia handle tuh kot. Selama ni ada student student lain cakap pasal dia, aku tak percaya sebab dia macam innocent dia. Sekali kena batang hidung aku, memang padan ah muka aku.

SITUASI 2

   Aku malas ah nak cakap pasal kau. Aku takut kau sakit hati je. Tapi kalau kau baca pon, elok gak. Aku sayang dekat kau. Tapi perangai kau tuh beragak lah. Kalau aku boleh control emosi aku dengan perangai kau, apsal kau tak boleh buat benda yang sama? Aku respect kau tapi perangai kau tuh kadang kadang buat aku annoyed. Aku ada gak menyampah dengan perangai kau tuh. Tapi aku malas nak cakap. Kang ungkit balik kisah kisah lepas. 

 p/s : Rezeki datangnya dari Allah. Aku bersyukur atas segala nikmatnya. Alhamdulillah. Tapi ada kalanya kita ada dekat atas, ada dekat bawah. :)
         

1 ulasan:

Hans berkata...

manusia memang macam2 ragam