Sabtu, 18 Ogos 2012

Raya Aidilfitri datang lagi.

Assalamualaikum.

   Aku yakin yang korang semua mesti tengah exited kan sebab besok nak RAYA!. Bukan korang je yang exited, aku pon exited sama macam korang gak. Best kot nak raya nie. Sebab?

  • Dapat jumpa parent tersayang.
  • Dapat berkumpul semua adik beradik.
  • Dapat beraya bersama-sama full one family.
  • Dapat balik kampung halaman.
  • Dapat jumpa nenek and atuk.
   Ni antara sebab kenapa aku exited nak raya. Kalau nak aku list semua, memang sampai raya besok tak habis. Haha! Tapi kalau setakat mintak maaf pada pagi raya tuh, tak payah cakap lah. Dengan parent aku je, dah berapa kali aku mintak maaf tahun ni. Ye ah. Aku ni budak nakal sikit. Keras kepala. Hikhik.

   Ohh ya! Kalau balik kampung, automatik aku akan mendapat gelaran BIBIK SEPARUH MASA. Bestkan dapat gelaran tuh. Sekali dalam setahun je tahu? Sebab? Aku akan tolong nenek kemas rumah macam tukar-tukar langsir, masukkan kuih dalam balang, etc. Kalau bab masak, aku dah tarik diri dulu. Mummy aku, nenek aku, makcik makcik aku memang patut dapat gelaran MASTERCHEF.


 
gambar diculik dari : ukgameshows.com 

   Walaupun aku suka beraya, tapi aku tetap rasa sedih jugaklah. Sebab time puasa lah takde semua syaiton syaiton. Second, tak dapat lah aku menambah pahala lagi. Aku ni dah ah liat nak buat pahala. So, masa bulan ramadhan, aku macam senang sikit nak buat solat tuh, solat ni, baca Al-Quran sikit. Ye lah, takde hasutan syaiton kan? Haha. Nampak sangat rapuh iman aku.


gambar diculik dari : https://www.facebook.com/NewsMediaNetwork/photos



    Habis story. Aku ingat nak buat Conflake Madu bila balik rumah nanti. Favourite aku weyh. Senang je nak buat. Campak itu, campak ini. Letak dalam cup, bakar. Done. Pastu ngap ngap. Nyum nyum..

   Ohh tak lupa juga. Dengan kesempatan ini, aku nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa, ada terkurang itu ini, ada terguris hati ke. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. For those yang drive, drive carefully. And last but not least, have a blast with all your loves one. :)

Tiada ulasan: