Khamis, 26 Julai 2012

Kad Raya

Assalamualaikum.

   Weyh korang, sedar tak yang hari ni dah hari ke-6 kita menjalani ibadah puasa. Cukup tak puasa 5 hari sebelum ni? Hihi. Kalau girl aku paham kenapa dia tak penuh. Kalau lelaki, hurm.. Aku musykil sikit. Okay. Dah lari tajuk.

   Actually aku tengah bosan. lalu update lah entri yang blog. Eceh.. Bosan pon nak kena bagitahu.. Foine. Aku dah tak bagi tahu dah lepas ni.

   Aku nak update simple je hari ni. Pasal apa? Pasal kad raya lah babe. Dah tulis bebesor dah atas tuh. Tak nampak ke? Hihi.

 

   Dulu masa sekolah rendah or menengah, senang cerita zaman-zaman sekolah ah, selalu jugak tukar-tukar kad raya dengan kawan-kawan ni. Nak-nak minggu last puasa. Fuhhh.. Memang banyak gila ah. Aku dengan adik-adik aku macam challenge ah each other siapa yang dapat kad raya paling banyak.

   Tak cukup tukar-tukar kad raya kat sekolah, ada jugak yang post dekat rumah. Aku kalau dapat surat, yang segi empat tepat, aku terus exited. Sebab apa? Sebab aku tahu dalam tuh mesti ada kat raya. Hihi.

   Tapi kan, the sad part is, now bila aku dah masuk alam Uni, dah tak main ah tukar-tukar kad ni. Semua bagi email or text yang fancy-fancy. Haih.

   Aku tak kisah lah. At least kita tahu, orang tuh ingat kat kita masa dia tengah raya. :)

3 ulasan:

Hans Hanis berkata...

memang seronok dapat kad raya :-)

Izzah | zulkifli berkata...

@Hans

seronok kan? :)

kurus berkata...

salam kenal dikk

salam lebaran juga dari akk
zaman2 sek kad2 raya nie popular kan , skrg nie ramai org guna e-card huhu