Ahad, 15 Julai 2012

Penangan Si Gadis Youtube..

Assalamualaikum awak semua. :)

Aku yang patut, yang patut,
Memberinya segala.
Kerna aku mampu, ya aku mampu,
Melakukan apa - apa saja..

   Cepat teka lagu apa tuh? Kalau kau teka lagu What Makes You Beautiful dari One Direction, memang nak kena setepek lah dengan aku. Bila masa pulak 1D ni pandai nyanyi lagu bahasa melayu? Cakap bahasa melayu pon tak pernah, lagi mahu nyanyi..

   Tak payah lah nak jerit kuat-kuat. Ye.. Aku dengar. Lagu Najwa Latiff featuring Sleeq tuh. Haish. Seboleh-boleh nak terjerit-jerit dengan lappy kau tuh. Aku tahu lah kau update lagu-lagu yang trending sekarang nie.


gambar di cilok dari : cthoney.blogspot.com

   Tapi aku tulis entri ni bukan nak cerita tentang dia nyanyi ke ap ke lah. Aku nak cerita penangan dia hebat sangat di kalangan remaja-remaja Malaysia ni. Cewah..

   Satu hari, aku nak balik ah rumah. Aku baru habis kelas. This time, aku balik sorang-sorang. Kawan aku ada kelas. Aku pulak rajin time ni balik rumah ikut depan..

   Time ni aku pakai ah blouse warna pink bunga-bunga, cardigan hitam, seluar skinny hitam and tudung bawal. Di tambah pula dengan spect warna hitam sebab cuaca yang panas terik.

   Aku pon jalan ah menonong je. Sekali aku terdengar ada orang nyanyi kosong ~, kosong oh~... Aku buat tak tahu je lah. Then dorang buat bunyi tikus tuh. Once again aku buat tak tahu. Sekali dorang jerit, "Najwa Latiff, I adored you". Aku dengar, aku terus gelak sambil pandang muka-muka dorang. Tak cukup dengan tuh, dorang cakap "Pergh, Najwa Latiff senyum dekat aku".

   Aku terus ah jalan lelaju lepas tuh. Sumpah malu gila weyh!. Tapi agak kembang ah. Ada orang panggil kita artis ah. Hikhik. *gelak gedik*

 Aku rasa, ni semua sebab spect hitam punya pasal. Agree?

froom google image : freefoto.com

p/s : sorry dah lama tak update blog. lappy rosak. tak hantaq pi kedai lagi. :(

Tiada ulasan: