Sabtu, 29 Jun 2013

Call Of Duty 4

Assalamualaikum readers!

   Lama gamaknya aku tak mencoretkan sesuatu kat blog ni. Amboi, amboi. Ayat kau izzah, memang tak boleh nak kalahkan? Haha. Gelakkan sahaja. Well, sorry lah dah lama tak meng-hupdate dengan entri entri baru. Busy lah wei. Tahu tak? Tak tahu busy tuh apa, pergi masuk gua balik puhlesss.. 

   Apa aku nak cerita ni kan? Panjang berjela pengenalan tapi tak masuk masuk pon cerita nya. Penat je membaca dari tadi. Maap. Actually, aku nak cerita perbezaan gamers melayu and gamers arab bila main Call Of Duty ni. Aku tak cakap semua gamers macam ni. Tapi ini berdasarkan pemerhatian aku lah.

   Kadang kadang malam jumaat, bila aku boring, aku teman kawan kawan aku pergi cyber cafe. Saja je nak mengekor. Nak lepaskan tension kononnya. Kawan kawan aku ni kalau main COD ni kalau tak sampai 3 or 4 jam dekat cyber cafe tuh, memang tak sah lah. Kira memang peraturan lah. Main COD minimum 3 jam. Maximum? 24 hours pon boleh jugak. 

   Tiap tiap malam jumaat, memang ramai lah international student yang belajar dekat tempat kitaorang study pon turut melepaskan tension diaorang dengan meng-join-kan diri diaorang main COD ni. Main ramai ramai syok wei. Tapi aku tak join ah. Aku tukang perhati je. Kalau aku join, memang kena tapau cukup cukup ah. Dah lah aku noob gila.

   Bila dah start game, cyber cafe tuh dah jadi macam konsert lah. Terjerit sana. Terjerit sini. Teriakan dari arah kanan, kiri, atas, bawah semua ada. Siap dengan hentakan kaki, tangan pon ada juga. Haa. Kalau gamers melayu ni, macam kawan kawan aku, bila main, jeritan BAB*, P***MAK, S**L, P****K, C***I, memang wajib ada lah untuk melengkapkan suasana tuh. Pak arab ni semua, takde pon mencarut. Paling teruk pon F**K. Selalu diaorang just cakap Allah. Itu je. Gila baik kan?

 

   Now, bila korang baca lah kan, korang rasa rasa, semua ni berpunca dari apa and siapa? Haha. Ke memang dah adat? :O

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehe.. Terbaik la.. Tapi bnyk lagi kot..

Nancy Angel berkata...

It is a valid link to activate amazon mytv code or primevideo mytv activate in your device. You can watch Amazon prime video on amazon mytv, just you need to enter a 6 digit amazon registration code on your device.