Sabtu, 31 Mac 2012

Things that I feel annoyed when chit chating.

Assalamualaikum. =)

Tengok tajuk entry kali ni. Bahasa omputih. Speaking nampaaak? Ahaha. BAJET? Yes, yes I am. Susah ye dik?

Okay okay. Straight je ke point nye wokay?




# 1 Henpon tuh memang tak boleh nak letak kejap?

Mende ni memang paling aku pantang. Kau yang ajak aku berborak, kau pulak nak ber-text lah, ber-tweet lah, ber-facebook lah, ber-myspace lah. Time ni lah dan dan kau nak balas semua tweet kau. Tadi tak nak pulak kan? Time kau pung pang, pung pang, aku dah bagi attention aku. Bila time aku, kau buat STUPID? Awak sayang, boleh bersikap adil tak?

# 2 Suruh ulang balik semula.

Kalau kau suruh aku ulang apa yang aku cakap tuh setakat bab 2.2 je tak pe ah. Aku still boleh terima. Atau kau suruh ulang balik satu perkataan sebab kau TERkenyit mata kat mamat macam Zayn Malik yang baru lalu sebelah aku tadi, aku still boleh maafkan. Ni kau suruh aku ulang balik cerita aku dari huruf A sampai Z. Then kau tak paham, kau suruh ulang balik. Memang tak lah aku nak ulang balik. Kau buat apa masa aku tengah cerita tadi? beria-ia nak sangat aku cerita, alih-alih macam nak tak nak je tahu. Serupa tak payah bagi tahu kau kan?

# 3 Potong stim.

Aku punya lah bersemangat nak cerita kau tentang si dia, kau pon sibuk ah nak cerita pasal si dia kau. Memang perlu lah time aku nak cerita, kau pon nak cerita gak kan? Memang tak boleh nak tunggu turn kau kejup lagi ye?

# 4 Tahu ke apa itu perhatian?

Aku rasa cam orang yang sangat pandai bila orang yang aku tengah borak ni boleh toleh kanan, kiri, atas, bawah. Kalau sekali sekala, aku paham. Ni, time tuh lah kau nak pegang kasut Converse kau, kau nak teliti beg Gucci kau. Ahaha. Apa lagi? Tadi masa aku tak nak cerita kat kau, kau sungguh-sungguh nak tahu. Bila dah cerita, macam ni pulak kau buat. Macam mano tuh jang?

# 5 Nak jugaaakkk.

Aku cerita pasal makan cendol kat tepi jalan B, kau pon nak jugak cerita pasal cendol kat tepi jalan B jugak. Apsal tak cerita pasal cendol jalan E, F, G, H? Kalau kebetulan, tak pe lah. Nak buat macam mana. Tapi kalau dari dulu sampai hari ni, semua yang kau cerita sama dengan cerita aku, KEBETULAN lagi ke tuh? 



Tengok. 5 je lah yang dapat aku list. Nak banyak-banyak buat apa kan? Ini lah yang paling menyampah sekali bila aku tengah berborak ke apa. Aku sure kau orang pon pernah jugak hadapi benda yang sama. Or korang pernah kena benda yang lagi worst? Cuba cerita sikit. =)

2 ulasan:

masnurain berkata...

bende nie sgt anoyying oke!
benci taw..bler lepak same2 ngn member2..then masing2 sebok dgn smartphone masing2..
yang kite nie dh jd tunggul kayu sorang2 kat situ!
-.-

Izzah | zulkifli berkata...

hee.. biase ah. dunia dah maju. kalau kte ah, dah lme angkat kaki. =P