Sabtu, 25 Jun 2011

Trying Not To Fall..

Assalamualaikum


Go to fullsize image
credits : explodingdog.com

Cuba untuk tidak jatuh..jatuh apa?..JATUH TANGGA?..tidak mungkin kerana hampir sepanjang masa aku naik ke bilik atau naik ke kelas kuliah, aku akan menggunakan LIF memandangkan terlalu banyak tangga untuk di daki..EXCEPT bila aku lambat ke kuliah atau aku rasa aku gemuk gila..

Lambat ke kuliah memaksa aku untuk men-daki tangga..ramai gila student yang beratur depan lif tuh..sampai menolak-nolak..sesak nak mamp*..

Rasa gemuk gila juga memaksa aku mendaki tangga ke tingkat tujuh memandangkan naik turun tangga satu exercise yang BAEK PUNYA...=)

Go to fullsize image
"perlu ke guna tagline i?"

Aku dah terpesong dengan tajuk entri aku sebenarnya..

Maksud jatuh pada entri aku adalah aku takut and cuba untuk berdiri di jalan yang aku telah janji sendiri..APA SELAMA NI KAU MERANGKAK KE?..dem!

Aku tak nak gagal lagi..Aku dah nekad tak nak kecewakan parent aku lagi..dah banyak sangat dorang belanjakan duit demi aku..

Oleh sebab tuh, aku cuba untuk menghalang segala gangguan yang boleh membuatkan aku terpesong dari tujuan sebenar aku kat sini..

Memang aku akui cuba sahaja tidak mencukupi..tapi aku masih lemah..aku mengakui akan kelemahan itu..

Kadang-kadang aku menyalahkan diri aku kenapa aku terlalu lemah..adakah sebab aku low self confident and esteem?..

Telah aku luahkan kepada kawan baru aku..dia menasihati aku dan memberi sedikit semangat kepada aku..

Serious aku bersyukur kerana dapat berkawan dengan seseorang yang macam dia..aku harap ramai lagi yang mempunyai persepsi seperti dia..

Second thing is, aku cuba untuk menghalang hati aku untuk menaruh harapan kepada orang yang aku minat..aku kena pertahankan pendirian aku..tujuan aku datang kesini..tujuan parent aku hantar aku kesini..

Aku tak pandai nak bahagikan sesuatu benda..mungkin sebab itu mak aku menghalang aku untuk bercinta..aku sendiri mengakuinya..

Aku harap aku dapat pointer yang bagus and dapat teruskan pengajian aku dengan baik dan insyallah, aku akan berjaya..

Aku doakan kau dan aku berjaya dalam hidup masing-masing..

Ya Allah, bagilah kekuatan kepada aku dan balaslah segala kebaikan ibu bapa aku termasuk rakan-rakan yang telah membantu aku..Aku memohon kepada-Mu agar aku dapat memberikan berita yang gembira kepada ibu dan bapa aku satu hari nanti..

p/s: sebenarnya aku tulis entri ni untuk suka-suka..sekali teremosi..mintak maaf kalau rasa annoying..

6 ulasan:

Abu Zafran berkata...

jatuh tangga xpe...jangan jtuh ditimpa tangga lagi malang

jom baca
Botak Kepala Utk Jadi Bomba...Prosedur @ Saje2????

Izzah | zulkifli berkata...

@ chegu zubir

haha..btol2..itu lgi susah.. =P

Hans Hanis berkata...

insyaallah
lepas nih pasti berjaya
:_)

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

Unknown berkata...

hahaha..sbb feel terlebih..xpe2...jgn dipendam perasaan tu...luahkan ye..

Izzah | zulkifli berkata...

@ Hans

Thx untuk kata2 semangat tuh ea.. =)

Izzah | zulkifli berkata...

@ Gua Tertidur

haha..wokeyh boss.. =P