Sabtu, 6 Ogos 2011

BUKAN SEMUA yang kau harapkan menjadi

Assalamualaikum..

Kamu semua nak tahu? Ini adalah post ke-limapuluh aku. Kenapa aku berbahasa baku? Sebab ini blog aku. Suka hati aku. Argh.. Mengarut semua itu. Campakkan ke-dalam RUBBISH BIN. Di mana semua RUBBISH di dalam BIN tersebut.

Kepala aku serabut. Dengan semua 1001 masalah dan persoalan. Yes, malam ini aku akan bercerita tentang RELATIONSHIP. Atau dalam bahasa Melayunya HUBUNGAN. To be exact, aku ada 5 situasi yang nak aku kongsikan. Sekadar meluahkan perasaan, dan MENYEDARKAN INDIVIDU-INDIVIDU BERKENAAN.

Kau jangan cepat sangat melatah. Kau yang mulakan dulu. Kau yang buat begitu. Kata-kata aku terlalu menyakitkan untuk kau terima? Atau kata-kata aku tak memberi apa-apa kesan pada kau? LANTAK KAU. Aku cuma tulis berdasarkan apa yang kau buat dan aku cuma berterus terang di sini.

Cara penulisan aku pada entri kali ini amat berlainan. Mungkin kerana ini entri aku yang ke-50. Atau mungkin aku menjadi lebih matang dalam penulisan entri sebegini.

Kepada individu #11

Kau buat aku macam spare-part. Bila tiada sesiapa disisi engkau, kau cari aku. Kau buat aku percayakan pada setiap kata-kata dan janji-janji kau. Mana semua janji-janji kau dulu? Buang macam tu sahaja? Aku pendamkan sahaja semua. Aku boleh rasa kau bahagia dengan si dia. Kau campakkan aku macam itu sahaja. "I STILL NEED YOU K" Ayat apakah? Jangan cakap kalau kau rasa terpaksa. Sekarang aku sedang mengungkit. Mungkin kau rasa marah dengan aku sebab ini. Tapi aku tak peduli. Kau tak tahu perasaan aku yang jauh lagi marah dengan kau. Status-status kau menunjukkan kau gembira. Tapi menyakitkan hati aku. Kenapa? Kau fikir sendiri. Kau cakap hendak berubah. Aku tolong kau untuk mengubah diri kau. Alih-alih, kau kembali kepadanya. Kau cakap sebab dia kau jadi begitu. Cepat gila kau punya pendirian GOYAH. Mungkin sebab kau sayangkan dia. Itulah aku cakap. Jangan cakap kalau kau terpaksa.

Kepada individu #hotstuffshahalam

 Aku tak tahu pon nak cakap apa tentang kau exactly. Sengaja aku nak selitkan kaudi sini. Walau pun dah tiada apa-apa hubungan, kau still kawan dengan aku. Tak ramai yang akan berbuat begitu. Aku suka style kau begitu. Tak di nafikan, kadang-kadang aku menjadi STALKER dan menge-STALK page kau. Creepy bukan? Mungkin lepas ni kau akan block aku? Ntah. Terselit juga lah rasa cemburu sikit sebesar kuman bila ramai gila perempuan ingin mendampingi kau. Kenapa aku rasa begitu? Ntah. Aku sendiri tiada jawapannya. Biasalah, kau kan HOTSTUFF. Mestilah ramai yang nak berkepit dengan kau. Aku doakan semoga kau bahagialah dengan siapa-siapa yang kau berkenan. Ini doa ikhlas dari aku.

Kepada individu #lelakiyangsekadarberkawandenganakusekadartemanmelepak

Ntah kenapa aku boleh layan kau dulu. Mungkin sebab CULTURAL SHOCK bila sampai ke Melaka. Aku pulak jenis pendirian tak kuat. Kau pon apa lagi. Cucuk lah jarum. Bukan itu niat kau? Kau buat aku ini, kau buat aku itu. Untuk apa sebenarnya? Untuk buat aku terkesima dengan kau? Semoga satu hari nanti apa yang kau buat kat aku akan jadi dekat engkau. Aku akan sentiasa mengharapkan hari itu untuk kau. Aku pasti.

Kepada individu #yangpadaharijadinyaterpaksamenerimapelbagaidugaan

For your information, girls heart is FRAGILE. That's why girls are easier to have a crush on boys rather than a boys having a crush on their dreams girl. My opinion, lelaki tidak sesuai untuk menggunakan perkataan CRUSH. Hati lelaki lebih gagah dari perempuan. Aku gembira dapat berkawan dengan kau. Kau memang sahabat yang baik. Nasib orang seperti kau menerima aku sebagai kawan. Kau mengubah persepsi aku terhadap golongan macam kau. Walau pun tidak seratuspercent tapi sekadar duapuluhpercent pon cukup lah bagi aku. Aku sentiasa ada bila kau nak pertolongan aku. Well, that's what friend do ryte dude.

Kepada individu(s) #yangakusayangsangat-sangat

Siapakah individu(s) yang aku sayang sangat-sangat? Sudah tentulah MUMMY dan DADDY AKU. Takkan mummy dan daddy kau pulak. Mereka dah kasi sokongan lebih dari seratusperatus. Mungkin melebihi dan menjangkau dari apa yang aku fikirkan. Tiada apa yang dapat aku balaskan segala pengorbanan mereka. Aku cuma hanya mampu berusaha dan segalanya terserah kepada takdir. Adakah aku dapat mengembirakan mereka? Kita tengok sahaja lah apa yang bakal jadi. Doakan agar impian aku tercapai.

Sebenarnya ramai lagi individu yang hendak aku ceritakan. Tapi takut kamu semua bosan membaca penulisan mengarut aku pada entri kali ini. Aku mintak maaf.


Lagu yang aku amat minat sekarang. Sangat bermakna bagi aku. Thanks for the song KRU.. =)

6 ulasan:

Wan Suhail berkata...

perghh.. kawan melepak pun kena jugak. hahah

Izzah | zulkifli berkata...

@ Wan Suhail

haha..dia kawan tak ikhlas. Ble takde kawan bru ajak lepak. Ble da ad membe lagi hot, dilupakan..TAK SUKA OKEYH.. =P

Hans Hanis berkata...

nak cari kawan yg ikhlas memang susah
:-)

Izzah | zulkifli berkata...

@ Hans

kan?..huhu..susa lha mcm nie..=(

Hizami Li berkata...

wah. panjang gile ucapan. anyway, ni la nama dia hidup. dapat kenal macam2 jenis orang. sekaligus, mematangkan kita. ;)

Izzah | zulkifli berkata...

@ Hizami Rahim

haha..perlu lah..

urm..btol jugak..da msuk u neyp bru lha knal hidup nie mcm mne..huhu.. =)