Ahad, 13 November 2011

KAWAN atau LAWAN

Assalamualaikum.

Pergh! Lama gila aku tak update blog ni. Boleh dikatakan 2 or 3 bulan lah kot. Sorry lah brothaa. Busy lah. Lagi-lagi baru masuk sem 2 ni. Baru masuk? Haha. Takde lah baru. Dah sebulan dah rasanya. Tapi assignment, presentation, meeting bagai semua membuatkan sebulan tuh masa yang cepat gila. Kepala henggek kau cepat. Kau yang tak geti nak bahagikan masa. Okay, salah aku. Fullstop.

KAWAN dan LAWAN. Macam nak sama je kan? Dua-dua punya perkataan ada WAN. Tapi for sure, maksudnya amat berbeda. Ceh! BERBEDA konon. Baru tengok cerita Indonesia lah ni kan? Abaikan.

Aku ada ramai kawan. Sama lah macam kau orang jugak. Siapa je yang tak ada kawan dalam dunia ni? Boleh jadi gila kot kalau tak ada kawan. Kawan tak semestinya  umur dia sebaya dengan kau je ke, sekolah sama dengan kau je ke, course yang sama macam kau je ke tapi PARENT pon boleh jadi kawan tahu. Okay, aku tak tahu.

Memula, kawan punya lah kamceng bagai. Siap bagi aku title kawan baik lagi. Hello! Aku tak mengadap pon title KAWAN BAIK daripada seseorang macam kau. Bila susah baru carik aku. Bila senang, semua budi yang aku bagi semua kau tak penah ingat. Ke kau tak tahu maksud TERHUTANG BUDI? Kesian kau. Ketinggalan zaman.

Bagi kau, kau sahaja lah yang perfect. Yang baik, lawa, hot stuff, pandai, tak de cultural shock and semua haram jadah, SEMUA ADA KAT KAU. Yang buruk-buruk semua aku. Aku tak kesah lah sebab Allah dah cipta aku macam tuh. Aku redha je lah. And aku akui semua salah aku tu dan aku cuba perbaiki.

Tapi masalah nya sekarang yang aku berbulu gila dengan kau adalah yang kau cerita keburukan aku yang kau sendiri tak tahu kebenarannya tuh kat orang lain. Kau tak tahu masalah aku,kenapa kau tak tanya aku sendiri untuk kebenaran tu? Kenapa kau mesti tanya kawan yang tak rapat dengan aku pon? Nak cakap kau kurang pandai, belajar kat Universiti.

Haha. Entri ni untuk kau. Puas tak hati kau buat aku tension macam ni? Tapi jangan nak HAPPY sangat lah kan. Setakat jaja cerita aku tu, apa yang kau dapat? Kau nak UP kan diri kau? Haha. Medium terbaik tu. =)



Mereka lah yang ada ketika saya suka atau duka di kampus. Itew sayunk aw kart awx dua sanad2..muah2 sambil laga-laga pipi.. =P




p/s: Berbaur marah bukan? Dan kegedikan yang melampau di akhir2. Muntah sekarang. Uwekkk..

1 ulasan:

MUZAK berkata...

dah follow sini . hehe